KUIH KATO DARI KELANTAN

Kuih kato a.k.a katur atau katun... nama pun agak pelik tapi komersil.. mungkin ada yang tak pernah dengar atau sempat nak rasa kuih ni dan untuk makluman ini adalah antara kuih tradisional asli kelantan yang makin hampir dipupus dan dilupakan. Ini adalah sebahagian usaha saya untuk mengumpul resepi-resepi kuih tradisional agar ianya dapat dipelajari dan dikekalkan warisan melayu nya... insyaAllah :
kuih katur atau kato atau katun

BAHAN-BAHAN PENYEDIAAN

500 gram tepung pulut

2 1/2 cawan air 
1 sudu teh kecil air kapur
Sedikit minyak masak

Daun pisang untuk mengalas
1/2 cawan beras pulut (basuh,tos dan goreng tanpa minyak sehingga keemasan)
1/2 biji kelapa muda diparut dan campurkan secubit garam

2-3 kerek besar gula merah (nisee) + 2 cawan air dan didihkan sehingga gula merah itu cair
Jika pekat tambahkan air, Jangan terlalu pekat.

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan tepung pulut dengan air kapur dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil adunan digaul sehingga menjadi doh seolah-olah membuat onde-onde atau puteri mandi.
  2. Sapukan minyak pada loyang, alas daun pisang. Letakkan adunan tepung tadi di dalam loyang, ratakan adunan dan adunan tadi dikukus sehingga masak.
  3. Gunakan garpu atau lidi yang bersih untuk menyucuk adunan, Sekiranya tidak melekat tandanya kuih itu sudah masak.
  4. Tutup api dan sejukkan adunan tadi, kemudian potong adunan tadi dengan bentuk yang dinginkan
  5. Gaulkan bersama kelapa muda yang telah diparut tadi didalam pinggan.
  6. Taburkan beras pulut goreng, dan kuih kator siap untuk dicicah dengan air gula merah.
selamat mencuba

Comments