resepi kuih tradisional melayu resepi kuih tradisional melayu
  

Monday, September 29, 2014

RESEPI LOMPAT TIKAM DARI PAHANG


Setelah agak lama, saya kini membuat percubaan lagi sekali. Kalau masih tak menjadi, inilah percubaan terakhir, itu detik hati saya. Maklumlah resepi orang dulu dulu ni tak pakai sukatan bagai, semuanya pakai campak campak jer. Alhamdulillah, hari ini semuanya dipermudahkan. Saya berjaya membuat kuih Lompat Tikam yang sangat sedap walaupun tak dapat menandingi Kuih Lompat Tikam air tangan bonda tercinta.

Agak sukar juga nak cari kuih Lompat tikam ni di sekitar ibu kota. Kalau di Pantai Timur alahai belambak-lambak dijual di pasar tani.. Sedap pula tu. Kebiasaannya saya hanya membeli sahaja kuih lompat Tikam ni. Beberapa minggu lepas saya cari resepi lompat tikam Pahang dan hasil percubaan kali ke 3 sangat menarik hasilnya. 

Resepi Kuih Lompat Tikam ini saya ambil daripada beberapa sumber orang lama yang boleh dipercayai dan hasilnya insyaAllah sangat berpuas hati. 

KEPERLUAN BAHAN KUIH LOMPAT TIKAM?


Bahan untuk lapisan hijau :


3 cawan santan cair
1 cawan tepung beras
½ cawan jus pandan dicampur sedikit pewarna hijau
1 sb tepung jagung
1 sk air kapur
2 sedikit garam

Bahan untuk lapisan putih


4 cawan santan pekat
1 ½ cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
1 sk garam
Cara Membuat kuih Lompat Tikam Pahang:-

BAGAIMANA MEMBUAT LAPISAN HIJAU LOMPAT TIKAM:-


Pertama gaulkan semua bahan-bahan lapisan hijau tadi dan tapiskan. 
Kacau adunan di atas api yang perlahan lebih kurang 5 minit. 
Tuang kembali bahan tadi di dalam bekas Loyang dan kukuskan ia selama lebih kurang 15 minit

UNTUK HASILKAN LAPISAN PUTIH PULA :-


Satukan semua bahan-bahan untuk lapisan putih dan kacau hingga sebati. Kemudian tapiskan dengan penapis halus.

Kacau adunan di atas api yang sederhana lebih kurang 5 minit. 
Cakarkan lapisan hijau ynag telah dikukus tadi kemudian tuangkan adunan putih ini agar ia dapat memegang adunan hijau tadi. Kukuskan lagi selama 15 minit dan keluarkan untuk disejuk sebelum dihidang.

SELESAI..

UNTUK BAHAN AIR GULA MERAH 


2 cawan air 
1 cawan gula merah (* lebih sedap guna gula kabung)
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

CARA MEMBUAT AIR GULA MERAH


Satukan bahan tadi dan jerang ia sehingga mendidih dan pekat. Kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama kuih lompat tikam tadi.. 
Mudahkan . 


Selamat mencuba


Enak dimakan petang hari