KUIH CARA BERLAUK ENAK KELANTAN STYLE


Kuih cara berlauk memang sedap dimakan petang hari bersama keluarga tersayang. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dengan inti daging ataupun ayam. So saya kongsikan resepi mudah bagaimana untuk membuat kuih cara resepi dari kelate.

RESEPI RINGKAS KUIH CARA BERLAUK KELANTAN


BAHAN-BAHAN INTI KUIH CARA BERLAUK


200 gm daging lembu kisar
2 sudu besar rempah kari daging Adabi di bancuh dengan 2 sudu air
2 ulas bawang merah dan bawang putih
1 sudu besar udang kering
Sedikit daun bawang/sup yang diracik dan lada merah di potong serong untuk hiasan
Garam dan juga sedikit gula

ADUNAN TEPUNG:


2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 biji telur ayam
Pewarna kuning atau saffron
Secubit garam

Bagaimana cara penyediaannya?

Mudah sahaja untuk menyediakan kuih cara berlaku ni.

Yang Pertama 

Kisar atau tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga menjadi lumat. Kemudian tumbuk pula udang kering sekadar hancur sedikit sahaja.

Yang kedua

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan pula serbuk rempak kari yang telah dibancuh dengan air  dan biarkan sehingga naik minyak.

Ketiga

Masukkan daging kisar ke dalam campuran tadi. Tambah sedikit air jika perlu dan biarkan ia masak hingga daging benar-benar empuk. Kemudian kacau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.

Ok. Sekarang penyeidaan adunan tepung kuih cara pula


Pukul telur dan garam. Kemudian masukkan tepung dan santan secara berselang seli dan kacau ia sehingga rata. Sekiranya campuran tadi menjadi ketulan, anda perlu tapis dahulu sebelum titikkan pewarna. Lagi mudah gunakan blender sahaj untuk kacau adunan tepung tadi.

Ini part terakhir dan paling penting untuk menentukan kelazatan kuih cara berlauk anda.

Kaedah memasak kuih cara berlauk


Pertama anda panaskan acuan kuih cara dan sapukan sedikit minyak. Boleh gunakan minyak zaitun atau minyak jagung untuk wangi.

Kedua tuangkan ¾ adunan dan jangan biarkan ia penuh.

Ketiga masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup di atasnya. Tutup periuk selama 4-5 minit sebelum diangkat dan dihidangkan.

Mudahkan..nak buat cuik cara berlauk ni.

Enak dimakan panas-panas

Comments